Pengenalan - Santan Kelapa

Go to content

Main menu:

Pengenalan


Pada awal tahun 2004, Syarikat Hafiz Niaga Resources atau lebih dikenali sebagai COCONUT INC telah ditubuhkan. Selama 8 tahun beroperasi COCONUT INC telah mengalami perkembangan yang sangat menggalakkan. Walaubagaimanapun kekurangan sumber modal membataskan pergerakan COCONUT INC. Selain itu persaingan harga yang begitu sengit dalam pasaran menyebabkan margin keuntungan sangat tipis. Oleh itu, COCONUT INC memerlukan suntikan modal bagi meningkatkan keupayaan COCONUT INC untuk bersaing, menambah produk dalam pasaran dan meneroka bidang yang lebih luas dalam industri tani. Bagi meningkatkan keyakinan untuk bersaing dalam pasaran, COCONUT INC memerlukan pertambahan mesin pemerah yang lebih besar dengan kapasiti 100 (seratus) Kg per jam.

Selain itu, COCONUT INC bercadang untuk memanjangkan barisan produk dengan menghasilkan kerisik, dodol secara komersial pada akhir tahun 2012 ini. Pada masa ini, kami telah memasarkan produk jeruk dari negeri Pulau Pinang keluaran Pak Latif dan Pak Ali.  COCONUT INC juga berhasrat untuk membesarkan kedai selaras projek penambahan barisan produk

Syarikat Hafiz Niaga Resources bernombor pendaftaran 1452256-T atau lebih dikenali dengan COCONUT INC sebuah syarikat bumiputera telah ditubuhkan pada 12 Disember 2003. Ia mula beroperasi secara aktif pada tanggal 1hb Januari 2004 dengan kedai Santan Hj. Samsiri sebagai perniagaan permulaan oleh Sdr Mohd Hafiz. Hanya berbekalkan ijazah Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari UTM, Skudai Johor, tanpa pengalaman dalam bidang perniagaan berasaskan pertanian dan sumber kewangan yang terhad beliau nekad untuk membuka perniagaan tersebut. Setelah lapan tahun bergelumang dalam perniagaan tersebut, beliau masih lagi dapat bertahan untuk memajukan perniagaan yang beliau usahakan sehingga sekarang.

COCONUT INC memulakan operasi seawal jam 5 pagi sehingga jam 2 petang setiap hari, 7 hari seminggu. COCONUT INC terletak di alamat Lot 2966 Kampung Sri Gambut  Jalan Kebun 42450 Klang Selangor. Lokasi yang dipilih merupakan lokasi yang strategik berhadapan dengan jalan utama, berhampiran sekolah dan kedai runcit serta kawasan perumahan.  


 
Back to content | Back to main menu